Pages

Labels

Diberdayakan oleh Blogger.

Rabu, 14 Agustus 2013

Tips Menjadi Wanita Sholehah

1. Mendirikan solat/sembahyang.
2. Menjaga solatnya.
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajiban itu. Selain khusyuk, menunaikan solat juga dituntut beristiqamah yaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah-lengahkannya.

3. Bersyukur dan ridha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan ridho dengan setiap pemberian Allah. Janji Allah dalam al-qur'an, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kepadamu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah SWT akan gantikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah senantiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha melihat semua perbuatan hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang istri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seperti didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahu mengaji Qur'an dan suka/sering menjadikan Qur'an itu sebagai sahabatnya.
9. Menjaga Pandangan Mata.
Sumber : Jember Santri 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

Blogger news

Blogroll

About